Permainan Roda Ahad
- Permainan ini dimain oleh 2 kumpulan dan satu pengadil.
- Tugas pengadil adalah untuk membacakan soalan dan mencatit soalan yang telah dijawab.
- Setiap kumpulan mempunyai satu kotak yang mengandungi papan (3 X 3) dan cakera undian (1-9, 'no turn).
- Setiap pengadil mempunyai satu kotak yang mengandungi soalan-soalan.
- Sebelum permainan dimulakan, setiap pasukan akan menulis angka 1-9 (dengan marker pen) secara rambang pada papan terkandung dalam kotak masing-masing.
- Permainan akan dimulakan dengan undian. Kumpulan yang menang dalam undian akan memulakan dengan memutar cakera.
- Nombor pada cakera undian akan mementukan soalan berapa yang akan dijawab oleh kumpulan tersebut.
- Jika soalan berjaya dijawab, kumpulan tersebut akan membulati (O) pada angka soalan di papannya, kumpulan lawan pula akan memangkah (X) pada angka tersebut.
- Apabila salah satu kumpulan telah berjaya membulati nombor 3 sama ada secara satu baris melintang atau mendatar, kumpulan tersebut hendaklah menjerid 'Ahad!' untuk menamatkan pusingan ini.
- Soalan yang tidak dijawab akan digunakan pada pusingan seterusnya.
- Untuk pusingan seterusnya papan dibersihkan, dan ditulis angka baru secara rambang.
Cara-cara membuatnya:
Sukat Kotak DVD.
Gunting cardboard mengikut sukatan yang telah disukat (Size A5).
Lukis kotak 3x3 di cardboard yang telah dipotong.
Lapis cardboard dengan film yang licin.
Lapis cakera dengan kertas yang berwarna.
Bahagikan cakera kepada 10 bahagian.
Lekatkan 'sticker' yang bernombor 1-9.
Lapis kotak DVD dengan kertas berwarna.