Latar Belakang
Perang Badar merupakan perang yang pertama dalam sejarah Islam di antara orang Islam Madinah dengan Kaum Musyrikin Mekah. Peperangan ini berlaku pada hari jumaat 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah bersamaan 624 Masihi. Peperangan ini dinamakan Perang Badar kerana pertempurannya berlaku di pinggir sebuah telaga yang terletak di antara Mazkah dan Madinah yang dimiliki oleh seorang yang bernama Badr. Peperangan ini juga dinamakan 'al-Furqan', iaitu pemisah antara hak dan batil.
Lokasi Terjadinya Peperangan Badar.
Sebab
- Kaum Musyrikin Makkah mahu menghapuskan orang-orang Islam Madinah.
- Berikutan penghijrahan kaum Muslimin ke Madinah, kaum Musyrikin merasa takut dan berusaha menghapuskan kaum Muslimin. Tujuannya ialah supaya kaum Muslimin tidak lagi menghina atau mencela tuhan-tuhan mereka. Selain itu mereka juga telah menyaksikan kehidupan kaum Muslimin di Madinah semakin stabil dan ajaran Islam semakin pesat berkembang.
- Kekerasan dan ancaman kaum Musyrikin Makkah terhadap kaum Muslimin yang berhijrah ke Madinah telah mendorong mereka berusaha menghadapi kekerasan dengan kekerasan. Selain itu harta benda mereka yang telah dirampas oleh orang Musyrikin Mekah juga telah menyebabkan kaum Muslimin bertindak balas dengan mengambil harta perniagaan mereka juga.
- Peristiwa tersebut berlaku dengan penahanan kaum Muslimin terhadap kafilah (rombongan) perniagaan Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan. Abu Sufyan mengetahui maksud kaum Muslimin, lalu menghantar utusan pulang ke Mekah dan berusaha menyelamatkan harta perniagaan mereka daripada dirampas oleh kaum Muslimin. Mereka juga meminta bantuan tentera bagi menentang orang-orang Islam dan tentera yang dihantar kira-kira 1,000 orang. Sementara itu Abu Sufyan mengarahkan rombongannya supaya mengikut jalan pantai dan kafilah itu pun terselamat.
Proses berlakunya perang badar
Sebelum pertempuran berlaku, enam orang yang terdiri daripada 3 orang Muslimin dan 3 orang Musyrikin belawan satu sama satu. Pihak Muslimin diwakili oleh Ali bin Abi Talib, Hamzah bin Abdul Mutalib dan Ubaidah Ibnu Harith. Sementara pihak Musyrikin diwakili oleh al-Walid bin ‘Utbah, Utbah Ibnu Rabi’ah dan Syaibah Ibnu Rani’ah. Ketiga-tiga pahlawan Islam telah berjaya membunuh ketiga-tiga panglima Musyrikin tersebut.
Berlaku pertempuran hebat antara kedua belah pihak. Kaum Muslimin yang bilangannya hanya 313 orang menentang musuh yang jumlahnya seramai 1000 orang. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallamberdoa memohon pertolongan dan perlindungan kepada Allah subhanahu wa ta’ala agar umat Islam berjaya menentang orang-orang Musyrikin dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam diperkenankan oleh Allah. Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam surah al-Anfaal ayat 9 : Maksudnya : “Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Dia perkenankan permohonan kamu (dengan Firman-Nya) ; “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat dating berturut-turut”. |
Akibat
Antaranya ialah ;
- 70 orang kaum Musyrikin terbunuh termasuk Abu Jahal dan Umaiyah bin Khalaf.
- 14 orang tentera Islam mati Syahid. 70 orang kaum Musyrikin ditawan.
- Tawanan Musyrikin Makkah dikenakan bayaran wang tebusan mengikut kadar kemampuan masing-masing. Bagi yang tidak mampu membayar, dikenakan mengajar membaca dan menulis kepada kanak-kanak Islam.
- Harta perang dibahagikan kepada kaum Muslimin.
Kesan
- Kemenangan tentera Islam dalam perang Badar menjadikan kedudukan negara Islam semakin bertambah kuat dan mantap. Orang yang memeluk Islam di Madinah juga semakin bertambah ramai.
- Orang-orang Quraisy Makkah meratapi kekalahan dan kematian kaum keluarga mereka dalam peperangan tersebut.
- Kaum Musyrikin Makkah tidak puas hati dengan kekalahan mereka dan menaruh dendam untuk menuntut bela. Perasaan dendam mereka inilah punca kepada berlakunya perang.
Pengajaran
Perang Badr - Created with Haiku Deck, presentation software that inspires
Latihan 1
- Bilakah berlakunya Peperangan Badar?
- Di mana berlakunya Peperangan Badar?
- Apakah panggilan lain selain daripada Perang Badar?
- Brapa faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Peperangan Badar?
- Sebutkan faktor yang pertama berlakunya Peperangan Badar?
- Sebutkan faktor yang kedua berlakunya Peperangan Badar?
- Kenapakah kaum Musyrikin Makkah takut akan kehidupan kaum Muslimin di Madinah?
- Mengapakah peperangan ini dinamakan Peperangan Badar?
- Apakah yang dimaksudkan dengan Al-Furqan?
- Kenapakah kaum Muslimin bertindak balas terhadap kaum Musyrikin?
- Apa yang di maksudkan dengan Kafilah?
- Siapakah ketua rombongan perniagaan kaum Quraisy?
- Brapa orang tentera yang dihantar untuk menentang orang-orang Islam?
- Apakah yang mendorong kaum Muslimin Madinah berusaha menghadapi kekerasan demi kekerasan?
- Jalan manakah rombongan perniagaan kaum Quraisy lalui untuk terselamat daripada penahanan kaum Muslimin Madinah?
- Kenapakah Abu Sufyan menghantar utusan ke Makkah?
- Antara negri manakah berlakunya peperangan Badar?
- Peperangan Badar merupakan peperangan yang ke berapa dalam sejarah Islam?
Arahan
- Sila jawab semua soalan di atas ini.
- Sila jawab soalan dengan menggunakan Microsoft Word.
- Sila hantar jawapan anda kepada guru setelah siap dengan menggunakan Pendrive / Email.